Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
Trump would quickly replace tariffs after court action, New York Times reports
Trump links Greenland threat to Nobel Peace Prize snub, EU prepares to retaliate
Azerbaijan marks 36 years since the bloody January massacre, honouring fallen heroes who sparked independence
  • PRIVACY POLICY
  • TERMS OF USE
  • ADVERTISE WITH US
  • INVESTOR

Astro AWANI | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Syarikat penerbangan dijangka raih untung bersih global US$25 bilion pada 2015

Bernama
Bernama
10/12/2014
23:45 MYT
Syarikat penerbangan dijangka raih untung bersih global US$25 bilion pada 2015
Syarikat penerbangan dijangka raih untung bersih global US$25 bilion pada 2015
Syarikat penerbangan dijangka meraih keuntungan bersih global kolektif sebanyak US$25 bilion pada 2015 susulan penurunan harga minyak dan pengukuhan Keluaran Dalam Negara Kasar di seluruh dunia, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Tyler berkata prospek industri meningkat berikutan ekonomi global terus pulih dan kejatuhan harga minyak akan mengukuhkan peningkatan pada tahun depan.
"Selain kami menjangka syarikat menjana US$25 bilion pada 2015, penting untuk mengingati bahawa ini masih hanya 3.2 peratus margin keuntungan bersih.
"Industri sebahagian besarnya positif, bagaimanapun terdapat beberapa risiko dalam persekitaran global hari ini -- antaranya -- pergolakan politik, konflik, dan beberapa ekonomi serantau yang lemah," katanya.
Tyler berkata pelanggan akan meraih manfaat yang ketara daripada pengukuhan prestasi industri berikutan kos industri yang rendah.
"Prestasi industri yang kukuh merupakan berita baik untuk semua. Ia merupakan industri yang sangat kompetitif dan pelanggan - pelancong serta syarikat perkapalan -- menjangka kos yang lebih rendah pada 2015 berikutan kesan daripada penurunan harga minyak," katanya.
IATA berkata syarikat penerbangan dijangka mencatat keuntungan bersih global kolektif sebanyak US$19.9 bilion pada 2014, naik daripada US$18.0 bilion diunjurkan pada Jun.
Syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik dijangka mencapai keuntungan bersih sebanyak US$5 bilion pada 2015, meningkat daripada US$3.5 bilion pada 2014, katanya.
Related Topics
#penurunan harga minyak
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Stay updated with our news