Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
Trump says had a telephone call with NATO's Rutte concerning Greenland
Trump threatens tariffs on French wines to get Macron to join Board of Peace
Hamas says "fully ready" for power handover procedures
  • PRIVACY POLICY
  • TERMS OF USE
  • ADVERTISE WITH US
  • INVESTOR

Astro AWANI | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Afghanistan kecam Israel, sifatkan sebagai penjenayah perang

Bernama
Bernama
17/11/2023
06:36 MYT
Afghanistan kecam Israel, sifatkan sebagai penjenayah perang
Afghanistan meminta negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak balas menerusi langkah "berkesan dan bermakna". - Gambar/ AP
NEW DELHI: Afghanistan mengecam serangan berterusan Israel di Palestin yang disifatkan sebagai "kekejaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini" serta melabel pentadbiran Israel sebagai penjenayah perang.
"Di sebalik semua norma manusia, kini sudah lebih 40 hari tentera Zionis melakukan serangan di Semenanjung Gaza dan setiap hari mereka terus melanggar semua peraturan perang," kata kerajaan sementara Afghanistan dalam satu kenyataan pada Khamis.
Merujuk kepada serangan berterusan ke atas hospital termasuk kompleks perubatan Al Shifa, Afghanistan meminta negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak balas menerusi langkah "berkesan dan bermakna".
Kenyataan itu mengecam pendirian tidak jujur pelbagai kerajaan serta organisasi Barat ketika jenayah kemanusiaan dilakukan oleh Israel di Palestin.
Sementara itu, Pakistan menggesa siasatan berhubung serangan tentera Israel ke atas kemudahan perubatan Gaza dan menuntut gencatan senjata segera demi melindungi nyawa dan infrastruktur awam.
"Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman oleh Pasukan Pendudukan Israel di sekitar hospital medan Jordan di Gaza, hingga mengakibatkan kecederaan kepada tujuh kakitangannya.
"Serangan tidak berperikemanusiaan ini adalah yang terbaharu dalam siri serangan ke atas hospital dan kemudahan perubatan di Gaza yang merupakan jenayah perang termasuk melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan," menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Related Topics
#Afghanistan
#serangan Israel
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Stay updated with our news