Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
Russia's Lavrov sees no 'bright future' for economic ties with US
China critic Jimmy Lai sentenced to 20 years in jail after landmark Hong Kong trial
Agreements on oil, computer chips will help smooth the way for US-India trade deal, says minister
  • PRIVACY POLICY
  • TERMS OF USE
  • ADVERTISE WITH US
  • INVESTOR

Astro AWANI | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

OIC, Iraq rancang anjur persidangan awal untuk perdamaian Iraq

Bernama
Bernama
27/11/2017
08:56 MYT
OIC, Iraq rancang anjur persidangan awal untuk perdamaian Iraq
Anggota tentera Iraq dalam satu pertempuran antara tentera Iraq dan Pasukan Gerakan Popular (PMF) menentang militan di al-'Ayadiya, barat laut Tal Afar, Iraq, 28 Ogos, 2017. REUTERS / Fail
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kerajaan Iraq merancang untuk menganjurkan satu persidangan awal, di Baghdad pada 11 Disember, sebelum mengambil langkah seterusnya dengan mengadakan Persidangan Perdamaian Kebangsaan Iraq.
Dalam satu kenyataan hari ini, OIC berkata, persidangan awal berkenaan bertujuan mengetengahkan idea dan cadangan kepada persidangan agung perdamaian itu nanti sebagai usaha membina perdamaian dalam kalangan pelbagai kumpulan dan segmen masyarakat di Iraq.
"Persidangan perdamaian akan diadakan pada masa Iraq beransur pulih daripada ancaman keganasan, selepas pembebasan semua wilayah Iraq daripada Daesh.
"Ia dibuat pada masa sesuai untuk meneruskan perdamaian nasional komprehensif, yang membawa kepada fasa baharu, sesuai dengan fasa pembinaan, perpaduan nasional, kestabilan dan kemakmuran," kata OIC dalam kenyataan disiarkan di laman webnya.
Persidangan awal itu akan dihadiri teknokrat terkenal daripada pelbagai latar belakang intelektual, kebudayaan dan komuniti.
Sebelum ini, pada 2006, OIC pernah menganjurkan Persidangan Makkah 1, mengenai Perdamaian Kebangsaan Iraq, merangkumi syeikh dan sarjana agama, yang mewakili pelbagai lapisan rakyat negara itu.
-- BERNAMA
Related Topics
#Baghdad
#Daesh
#Iraq
#oic
#perdamaian
#persidangan awal
#Persidangan Perdamaian Kebangsaan Iraq
#pertubuhan kerjasama islam
Must-Watch Video
Stay updated with our news