INTERNATIONAL

UAE namakan 'Menteri Kebahagiaan' yang pertama

Agensi 12/02/2016 | 15:43 MYT
Ohoud al-Roumi merupakan Menteri Kebahagiaan yang pertama di UAE. - Foto AFP
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melantik seorang wanita sebagai Menteri Kebahagiaan yang pertama, dalam usaha negara itu bagi menjamin kebahagiaan untuk rakyatnya.

Menurut laporan Al-Jazeera, pelantikan Ohoud al-Roumi dimaklumkan oleh Perdana Menteri negara itu,
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, melalui laman Twitternya.

"Kebahagiaan negara bukan hanya suatu hajat. Akan ada rancangan , projek-projek, program dan indeks. Ia akan menjadi sebahagian daripada tugas semua kementerian," kata Sheikh Mohammed.

Katanya, di samping jawatan baharunya, Ohoud al-Roumi akan terus memegang jawatan dahulunya, iaitu sebagai Ketua Pengarah Pejabat Perdana Menteri.

Sheikh Mohammed berkata jawatan baharu itu akan menyelaraskan dasar kerajaan untuk mewujudkan ciri-ciri sosial yang baik.

Menurut laporan AFP, selain Ohoud al-Roumi, Shamma al-Mazroui, 22, dilantik sebagai Menteri Belia, manakala Lubna al-Qassimi telah dilantik sebagai Menteri Toleransi.

Kabinet baharu negara itu mempunyai lapan menteri baharu, termasuk lima wanita.



#kabinet baru UAE #Menteri Kebahagiaan #Menteri Toleransi #Ohood Al Roumi #Sheikh Mohammed