Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
Europe won't be 'blackmailed' by Trump tariffs, says Danish PM
Trump tells Norway he no longer feels obligation to think only of peace
Japan PM Takaichi calls Feb 8 election seeking mandate for spending plans, defence build-up
  • PRIVACY POLICY
  • TERMS OF USE
  • ADVERTISE WITH US
  • INVESTOR

Astro AWANI | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Wanita dipenjara 34 tahun kerana ciapan di Twitter

Sinar Harian
Sinar Harian
18/08/2022
03:38 MYT
Wanita dipenjara 34 tahun kerana ciapan di Twitter
Shehab yang merupakan calon doktor falsafah di Universiti Leeds, Britain dan ibu kepada dua orang anak juga dilarang ke luar negara selama 34 tahun lagi sebagai sebahagian daripada hukuman itu. - Foto Agensi
MAHKAMAH Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara selama 34 tahun ke atas seorang wanita berikutan aktiviti-aktivitinya di Twitternya, menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh AFP pada Rabu.
Hukuman yang dikeluarkan terhadap wanita tersebut, Salma al-Shehab diputuskan kerana dia membantu para penentang yang cuba mengganggu ketenteraman awam di negara berkenaan.
Dia telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan Arab Saudi pada 9 Ogos lalu, menurut dokumen berkenaan.
Shehab yang merupakan calon doktor falsafah di Universiti Leeds, Britain dan ibu kepada dua orang anak juga dilarang ke luar negara selama 34 tahun lagi sebagai sebahagian daripada hukuman itu.
Dengan kira-kira 2,600 pengikut di Twitter, dia kerap membuat ciapan di Twitter mengenai hak-hak wanita di negara tersebut.
Hukuman itu dibuat semasa tindakan keras terhadap aktivis hak-hak asasi manusia di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.
Keputusan tersebut berlaku kurang daripada sebulan selepas Presiden Ametika Syarikat (AS), Joe Biden melawat Arab Saudi.
Shehab telah ditangkap di Arab Saudi pada Januari 2021 ketika dia sedang bercuti daripada pengajiannya di United Kingdom. - Sinar Harian/Agensi
Related Topics
#Salma al-Shehab
#ciapan Twitter
#Mahkamah Rayuan Arab Saudi
#Joe Biden
Must-Watch Video
Stay updated with our news