10 berita pilihan sepanjang hari ini
Nursyazwani Saiful Sham
May 25, 2020 23:30 MYT
May 25, 2020 23:30 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 25 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
172 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif virus berkenaan di negara ini sebanyak 7,417 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun kes dijangka meningkat, namun rakyat tidak perlu risau kerana ia sudah dibendung sebaiknya.
Seramai 227 orang warga asing di tiga kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) positif COVID-19.
Polis akan memanggil penganjur upacara perkahwinan di Kuil Nava Sakthi Durgai Amman Paandi, Seri Kembangan yang dilaporkan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dalam masa terdekat.
Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan sebanyak 60,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, semalam.
NORMAL BAHARU
Graduan perlu menyediakan diri untuk mengharungi normal baharu dengan menguasai pelbagai kemahiran sebagai persediaan memasuki fasa pasca COVID-19.
Meskipun Hari Raya Aidilfitri pada kali ini berbeza dengan sambutan sebelum ini, bahkan kali pertama dalam suasana normal baharu namun jarak fizikal tidak menghalang keakraban ahli keluarga pada Syawal ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Pihak berwajib disaran mempertimbangkan tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang sengaja membuang topeng muka tanpa mengikut cara-cara yang tepat.
Perkara itu dianggap tidak selamat oleh beberapa individu termasuk mereka yang arif dalam bidang tadbir urus internet dan keselamatan siber.
Kerajaan hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mematuhi garis panduan ketika meraikan sambutan Syawal pertama, semalam.