Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
Europe won't be 'blackmailed' by Trump tariffs, says Danish PM
Trump tells Norway he no longer feels obligation to think only of peace
Japan PM Takaichi calls Feb 8 election seeking mandate for spending plans, defence build-up
  • PRIVACY POLICY
  • TERMS OF USE
  • ADVERTISE WITH US
  • INVESTOR

Astro AWANI | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Ahmad Kusaimi tidak lagi terlantar sendirian di rumah kedai usang…

Aida Aziz
Aida Aziz
06/05/2024
23:00 MYT
Ahmad Kusaimi tidak lagi terlantar sendirian di rumah kedai usang…
Warga emas Ahmad Kusaimi telah ditempatkan ke Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Nasib seorang lelaki warga emas yang dilaporkan sakit terlantar dan hidup sendirian di bangunan rumah kedai usang, di Jalan Datok, di sini akhirnya mendapat perhatian sewajarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, Ahmad Kusaimi Mohamed Shaharuddin, 82, telah ditempatkan ke Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta.
Menurut beliau, warga emas itu dibawa oleh kakitangan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Pakcik Kusaimi yang sakit terlantar sudah ditempatkan di RSK Ulu Kinta di bawah Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa (AOP) sementara laporan lengkap siap," katanya pada Isnin.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri turut menzahirkan penghargaan kepada NGO, media dan individu yang tampil membantu lelaki itu.
"Kerajaan amat menghargai segala kerjasama dan laporan yang dipanjangkan supaya tindakan lanjut dapat dibuat.
"Sejak 2023, usaha berterusan dibuat bagi membasmi miskin tegar dan jumlahnya semakin menurun.
"Bantuan dan maklumat daripada rakyat berkenaan golongan tercicir seperti ini penting dalam memastikan tiada keluarga atau individu tercicir," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, kehidupan Ahmad Kusaimi yang daif dan sakit terlantar di bangunan rumah kedai usang, selain tidak lagi mampu membayar sewa rumah.
Dia yang sebelum ini mengusahakan perniagaan dekat Medan Kidd di sini, tidak lagi mampu bekerja dan hidup seorang diri tanpa cahaya mata.
Lelaki itu hanya terlantar di dalam bilik dan mujur ada seorang sahabatnya yang dikenali sebagai Zul, datang untuk menghantar makanan pada pagi dan malam.
Jika tiada sahabatnya itu, entah siapa tahu bagaimana nasibnya tanpa daya bergerak ke mana-mana, selain perlu memakai lampin pakai buang.
Related Topics
#warga emas
#terlantar sendirian
#Ahmad Kusaimi Mohamed Shaharuddin
#Rumah Seri Kenangan
Must-Watch Video
Stay updated with our news