NATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
1. Angka kematian banjir di Pakistan melebihi 1,200
Angka kematian akibat banjir di Pakistan mencecah lebih 1,200. Pada Jumaat, penduduk di wilayah Sindh diberi amaran supaya berpindah sebelum air deras mengalir dari Sungai Indus dijangka membadai wilayah itu minggu ini.
2. Imigresen | Australia tingkat jumlah kemasukan kepada 195,000
Kerajaan Australia pada Jumaat mengumumkan jumlah kemasukan imigresen tetap ke negara itu meningkat sebanyak 35,000 kepada 195,000 dalam usaha untuk menangani isu kekurangan pekerja.
3. Cubaan Membunuh | Lelaki ditahan acu pistol depan Naib Presiden Argentina
Seorang lelaki ditahan pada Khamis selepas mengacukan pistol ke arah Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez. Ketika insiden itu, Fernandez dikelilingi penyokong di luar rumahnya di ibu negara.
4. Remaja disimbah asid gara-gara tolak cinta rakan sekelas
Memetik kenyataan ibu mangsa, anak perempuannya dan suspek merupakan rakan sekelas di sebuah pusat tuisyen di wilayah Jharkhand Chatra.
5. Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.
6. Pakar nuklear PBB periksa loji nuklear Zaporizzhia
Pakar nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB sudah menjalankan pemeriksaan pertama ke atas loji nuklear Zaporizzhia di Ukraine. Menurut Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Grossi, mereka juga akan mengekalkan kehadiran di loji berkenaan.
7. Vaksin COVID-19 | EMA sokong Novavax sebagai dos penggalak dewasa
Agensi Perubatan Eropah, EMA, menyokong penggunaan vaksin COVID-19 Novavax sebagai dos penggalak untuk individu dewasa. Vaksin Nuvaxovic, dihasilkan untuk mengekang varian asal virus yang dikesan kali pertama di China.
8. 7 daripada 10 penduduk Singapura sokong hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah
Sejak hukuman mati mandatori diperkenalkan, terdapat pengurangan kira-kira 66 peratus penyeludupan dadah jenis opium ke Singapura.
9. Hiburan | Mattel keluarkan patung Barbie Gloria Estefan
Gloria Estefan menerima hadiah istimewa daripada Mattel sempena hari lahirnya yang ke-65 iaitu patung barbienya sendiri. Patung Barbie Gloria Estefan dikeluarkan bersempena bulan warisan hispanik yang diilhamkan oleh video muzik "Get on Your Feet" dari tahun 1989.
10. Sukan|Terbuka Hong Kong, Macau batal
Kejohanan itu tidak dapat dianjurkan tahun ini kerana sekatan perjalanan dan kemasukan ke wilayah itu serta langkah-langkah pencegahan kesihatan yang sedang dilaksanakan.