Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.
Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves pada Selasa berkata beliau mahu mengisytiharkan darurat di negara Amerika Tengah itu berikutan peningkatan kemasukan migran yang dalam perjalanan ke AS, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Kemboja pada Khamis, dengan matlamat memperdalam kerjasama dan menjalin era baharu hubungan dua hala.
Taiwan akan menaikkan elaun penjagaan anak sekurang-kurangnya NT$1,500 (US$46.52) sebulan mulai tahun depan sebagai inisiatif untluk meningkatkan kadar kelahirannya yang semakin menyusut, kata Perdana Menteri Chen Chien-jen.
Speaker Dewan Rakyat Kanada mengumumkan peletakkan jawatan selepas mengakui kesilapannya, meraikan veteran Ukraine yang telah berjuang dalam unit Nazi semasa Perang Dunia II.
Seorang hakim di New York mendapati Donald Trump dan anak lelakinya bertanggungjawab atas penipuan menyediakan penyataan kewangan palsu berhubung kekayaan keluarga itu selama lebih kurang satu dekad.
Menteri Pelancongan Israel, Haim Katz berkunjung ke Arab Saudi pada Selasa, sekali gus merekodkan apa yang disifatkan Israel sebagai kunjungan diplomatik yang pertama kali dibuat anggota Kabinet negara itu ke Arab Saudi.
Sekurang-kurangnya 100 orang dilaporkan maut sementara 150 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya di wilayah Nineveh, Iraq.
Jumlah penduduk yang melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas Azerbaijan melancarkan operasi ketenteraan di wilayah itu telah meningkat kepada 28,120 orang, menurut kerajaan Armenia pada Selasa.
Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih bertajuk "Berganding Tangan Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan: Anjuran dan Tindakan China", pada Selasa.
Seramai 394 individu dari 26 wilayah mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria patogen ditemui pada nasi dan makanan ringan dalam kotak bento hidangan tengah hari, lapor Sputnik.
Must-Watch Video
Stay updated with our news

