Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
June 12, 2020 23:53 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Jun 2020.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Jun 2020.
1) Ini lima tumpuan sidang media COVID-19
Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini masih kekal dua digit. Bagaimanapun, satu kes kematian baharu dilaporkan.
2) Jangan cuba bolosi sempadan negara! Ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19, kerajaan bertekad untuk memastikan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini terus dibanteras.
3) KKM sahkan laporan penggunting rambut positif COVID-19
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan menerima laporan kes COVID-19 melibatkan seorang penggunting rambut warganegara Pakistan yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di ibu negara.
4) PKPP: Normal baharu solat berjemaah di masjid diterima baik
Bagaimanapun, pelaksanaannya masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah pun ditetapkan mengikut negeri masing-masing.
5) Abdul Hadi imamkan solat Jumaat pertama di Masjid Rusila selepas tiga bulan masjid ditutup
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimamkan Solat Jumaat pertama di Masjid Rusila, Marang selepas masjid itu ditutup hampir tiga bulan sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
6) Semua guru yang kembali ke Sarawak perlu jalani kuarantin wajib
Semua guru yang akan kembali bertugas di Sarawak diwajibkan untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari, sebaik tiba di negeri ini.
7) 81 rakyat Malaysia terkandas di Selatan Filipina selamat dibawa pulang
Seramai 81 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Selatan Filipina telah selamat dibawa pulang dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.
8) Kluster Pasar Besar Jalan Othman, Kluster Benus tamat tempoh pemantauan
Pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 28 hari di Kluster Pasar Besar Jalan Othman dan Kluster Benus tamat hari ini.
9) Cradle Fund: Kubur Nazrin dimohon digali semula selepas teliti sijil kematian - Kakak
Kakak sulung kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarham Nazrin Hassan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau bersetuju untuk proses penggalian semula kubur adiknya itu, selepas meneliti sijil kematian yang diterimanya.
10) Lama berehat? Ini tip untuk pelari yang ingin memulakan semula aktiviti larian
Ramai antara kita mempunyai waktu tidur yang berbeza, ada yang tidak cukup tidur dan ada yang terlebih tidur. Badan kita perlukan rehat secukupnya agar kita mempunyai tenaga yang cukup untuk keesokan hari.
#berita tempatan pilihan #COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham Abdullah #Datuk Seri Ismail Sabri #KKM #pati
;