IPU tidak sihat di Tg Malim, Sibu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang

Bernama
July 28, 2014 10:27 MYT
gambar fail
Kualiti udara di Tanjung Malim, Sibu,Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang dikategorikan sebagai tidak sihat setakat 8 pagi ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 100
masing-masing.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, Sibu mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada 196, diikuti Pelabuhan Klang (137), Kuala Selangor (120) dan Tanjung Malim (102).
Kawasan lain di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana atau baik.
IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.
#Jabatan Alam Sekitar #jerebu
;