Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Login
Awani International
  • LIVE
  • Videos
  • US-China
  • BRICS-RT
  • ASEAN
  • West Asia
  • Shows
  • Podcast
Trump's Greenland threat puts Europe Inc back in tariff crosshairs
Europe won't be 'blackmailed' by Trump tariffs, says Danish PM
Trump tells Norway he no longer feels obligation to think only of peace
  • PRIVACY POLICY
  • TERMS OF USE
  • ADVERTISE WITH US
  • INVESTOR

Astro AWANI | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Pemuda UMNO minta pendingin hawa Dewan Rakyat ditutup

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/11/2019
10:09 MYT
Pemuda UMNO minta pendingin hawa Dewan Rakyat ditutup
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin sebelum ini berkata, sukar bagi Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat secara berterusan kerana suhunya yang cukup rendah. - Gambar fail
Pemuda UMNO hari ini melahirkan rasa simpati dan meminta pengurusan Dewan Rakyat untuk menutup pendingin hawa semasa persidangan berlangsung.
Exconya, Shahrul Nasrun Kamarudin dalam surat yang dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menjelaskan, ia juga tanda kehibaan atas kegagalan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak dapat hadir ke sidang kerana kesejukan di Dewan Rakyat.
“Dengan penutupan pendingin hawa ini juga, pengurusan Dewan Rakyat dapat menjimatkan bil elektrik dan penjimatan ini juga akan dapat menambah bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya dalam surat berkenaan.
Pada Rabu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menjadikan kesejukan dewan menjadi penyebab tidak ramai wakil rakyat mampu duduk berjam-jam semasa persidangan berlangsung.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sukar bagi Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat secara berterusan kerana suhunya yang cukup rendah.
BACA: Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin
Sebelum itu, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menegaskan, kekurangan kehadiran Ahli Parlimen kerajaan akibat keletihan hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Selasa.
Katanya, kekangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang terikat dengan beberapa program turut menyumbang ketidakhadiran ke Dewan Rakyat.
Related Topics
#ahli Parlimen
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#Mohamed Hanipa Maidin
#pendingin hawa
Must-Watch Video
Stay updated with our news