Pembangkang wujudkan Jawatankuasa Tindakan 1MDB

Hafiz Marzukhi
June 28, 2017 17:13 MYT
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatankuasa ini akan merangka strategi serta respon pembangkang terhadap isu 1MDB ini.
Ahli Parlimen Pembangkang hari ini mengumumkan untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatankuasa ini akan merangka strategi serta respon pembangkang terhadap isu 1MDB ini.
"Selain itu, kami juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membentangkan kertas putih berhubung isu 1MDB.
"Kami juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membuka semula kertas siasatan bagi isu ini," kata beliau.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Jawatankuasa Tindakan #pembangkang #Wan Azizah Wan Ismail
;