Kelayakan seseorang pemimpin tidak harus disekat - Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpandangan, kelayakan seseorang pemimpin tidak harus disekat sekiranya masih boleh berkhidmat. Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi dua penggal atau 10 tahun.
