12 terkorban akibat serangan dron Rusia
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas sebuah dron Rusia menyerang sebuah bas yang membawa pekerja lombong di wilayah Dnipropetrovsk, tenggara Ukraine, pada Ahad, hanya beberapa jam selepas Presiden Volodymyr Zelenskiy mengumumkan pusingan baharu rundingan damai di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai gencatan serangan Rusia ke atas infrastruktur tenaga.
