3,089 mangsa banjir di Sabah & Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat kepada 3,089 orang setakat jam 6 pagi Ahad, dengan Sarawak merekodkan peningkatan ketara. Sebanyak 42 PPS dibuka di kedua-dua negeri, melibatkan 1,090 keluarga. Sarawak mencatat 2,722 mangsa dengan Serian paling terjejas, manakala Sabah merekodkan 327 mangsa di Beaufort.
