Asrama SMK Tinggi Setapak terbakar
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh terbakar sekitar jam 9 malam Isnin. Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut. Kesemua 91 pelajar yang berada di lokasi kejadian telah ditempatkan di sebuah dewan sekolah berkenaan.