Astro fokus tarik pelanggan baharu, kurangkan kos operasi
Astro Malaysia Holdings Bhd akan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelanggan baharu, mengembangkan perniagaan sampingan dan mengurangkan kos operasi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Euan Smith berkata, beliau yakin jumlah pelanggan TV berbayar Astro akan stabil tidak lama lagi kerana produk yang ditawarkan kini lebih baik dan kandungan tempatan semakin digemari.