Cuaca ekstrem ancam runtuhan bangunan di Gaza
Pihak berkuasa di Gaza pada Isnin memberi amaran lebih banyak bangunan yang rosak akibat perang berisiko runtuh susulan hujan lebat yang melanda wilayah Palestin itu, ketika cuaca buruk turut menyukarkan usaha mengeluarkan mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan.
