Jelaslah bagus, laksana dengan tegas - PM
Perdana Menteri menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan menyifatkan ia sebagai titah yang jelas.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, titah berkenaan perlu dilaksanakan dengan ketegasan.
Perdana Menteri berkata demikian selepas Majlis Penghargaan Sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada Isnin.
