Jenazah wanita bakal pengantin selamat dikebumi
Jenazah wanita yang maut bersama bakal suami selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dinaiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Kuala Berang dekat Terengganu pada Jumaat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, Gua Musang, Kelantan.
