Skip to main content

Advertisement

Korea Selatan selesai rundingan pembebasan 300 pekerja ditahan di AS

Korea Selatan selesai rundingan pembebasan 300 pekerja ditahan di AS

Korea Selatan mengesahkan rundingan berhubung pembebasan lebih 300 warganya yang ditahan dalam serbuan imigresen di Georgia, Amerika Syarikat, telah selesai. Pekerja terbabit akan dibawa pulang melalui penerbangan khas selepas urusan pentadbiran selesai. Insiden ini mencatat operasi penguatkuasaan tunggal terbesar oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, sekaligus mencetus desakan Seoul agar Washington menambah kuota visa pekerjaan H-1B untuk rakyat Korea.