Lelaki warga India didakwa cabul lelaki warga emas
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya. Kesalahan itu didakwa berlaku di dalam sebuah kereta Perodua Bezza dalam perjalanan di daerah Melaka Tengah, pada 29 Disember lalu.
