MoU kerjasama pertahanan Malaysia-AS tiada kaitan dengan ART - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan menafikan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kaitan dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai pada 26 Okt pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di sini.
