Pasukan khas ditubuh selesaikan isu di Semporna
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) pada Isnin memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Khas Bersepadu bagi menangani secaramenyeluruh isu-isu pelancongan di Semporna yang telah memberi kesan langsungkepada imej, keselamatan dan kelestarian industri pelancongan negeri.
