Pendakwa Korea Selatan tuntut hukuman mati terhadap Yoon
Pendakwa raya khas Korea Selatan memohon hukuman mati terhadap bekas Presiden Yoon Suk Yeol atas pertuduhan merancang pemberontakan susulan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024. Kes itu dijangka memberi implikasi besar terhadap landskap politik dan perlembagaan negara tersebut.
