Peniaga mahu beri kenaikan gaji pekerja, sebelum bertindak turunkan harga – Presiden MTF
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata walaupun pengukuhan ringgit membantu perniagaan mengurangkan kos operasi, namun keputusan menurunkan harga bukan suatu tindakan yang mudah. Jelasnya, peniaga turut memikirkan mengenai keperluan untuk memberi kenaikan gaji dan bonus kepada pekerja. #DialogPoketRakyat
