Timbalan Menteri bukan sekadar pembantu, perlu berani bawa idea
Anggapan bahawa Timbalan Menteri hanya membantu Menteri adalah satu kekeliruan besar. Peranan mereka sepatutnya strategik – menyumbang idea, menjadi semak dan imbang, serta memudah cara penyelesaian masalah rakyat melalui perspektif berbeza, menurut Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Penganalisis Politik dan Konsultan Kanan Asia Global Consulting
