Tue Jan 21 2025
Agenda AWANI: WEF2025 | Dunia kerja masa depan
Laporan ‘Future of Jobs 2025’ daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF) memberikan gambaran yang mendalam mengenai transformasi pasaran tenaga kerja masa depan. Apa persediaan kita termasuklah dari segi reformasi pendidikan? Diskusi 830 mlm ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye wajar wujudkan konsortium, bangunkan pelabuhan
Pengarah & Penganalisis Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkata Malaysia dan Turkiye wajar untuk mewujudkan sebuah konsortium untuk membangunkan pelabuhan secara bersama di Marmara dan Bosphorus di Turkiya dan Selat Melaka. Jelasnya, kedua-dua negara juga wajar meneroka peluang baharu dalam industri perkapalan antarabangsa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab berkata Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan. Jelasnya, Malaysia tidak perlu ragu-ragu untuk meneroka industri berkenaan memandangkan Turkiye sudah menunjukkan kesediaan untuk membuka peluang dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf dunia. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
Agenda AWANI: Indeks Persepsi Rasuah | Tambah Baik Kedudukan
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata. Apa cara untuk tambah baik kedudukan ini dan adakah visi untuk berada 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033 boleh dicapai? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
Agenda AWANI: Tolak cadangan usir rakyat Palestin
Rancangan ambil alih Gaza secara paksa hanya membawa ‘kesilapan’ besar dan perlu ditolak atas sebab krisis kemanusiaan yang memburuk, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ketidakstabilan Asia Barat. Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang dagang global, ASEAN selamat?
Bagaimana tarif yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap Kanada, Mexico dan China mempengaruhi hubungan perdagangan global dan beri kesan tidak langsung kepada rantau ini? Apa strategi yang perlu diambil oleh ASEAN untuk elak impak negatif perang dagang tersebut? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Tarif Trump mungkin dikenakan ke atas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Provost Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata Malaysia perlu mula bergiat aktif dan mengembangkan pasaran dalam blok-blok negara dunia yang tidak dianggotai Amerika Syarikat bagi mengelakkan terbeban dengan dasar perdagangan presiden Donald Trump. Jelasnya, blok-blok berkenaan termasuklah negara anggota kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). #AgendaAWANI
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung. Jelasnya, bina semula Gaza bukan bermakna menganak tirikan keperluan dalam negara, sebaliknya bantuan yang hulur kepada Palestin adalah bersifat wakaf sukarela. #AgendaAWANI
Bangun semula Gaza perlu ambil kira keperluan menjelang Ramadan - ABIM
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin berkata misi membangun semula Gaza perlu mengambil kita keperluan tuntas rakyat Palestin menjelang bulan Ramadan yang akan datang. Jelasnya, penduduk dijangka berdepan dengan situasi yang amat getir memandangkan keadaan kampung halaman yang berada dalam keadaan lebih teruk daripada laporan semasa. #AgendaAWANI