Mon Dec 02 2024
Banjir: Kerugian meningkat 200 peratus dalam tempoh 10 tahun
Kerugian yang ditanggung akibat banjir menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 10 tahun lalu. Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata peningkatan lebih 200 peratus itu merentas pelbagai sektor.
INNOVATHON 2: Anak tempatan cipta produk mampu besarkan saiz udang jantan
Dua anak tempatan, Giva Kuppusamy dan Shazaril Adri diumumkan sebagai pemenang program INNOVATHON 2 pada minggu pertama program tersebut menerusi inovasi dihasilkan mereka iaitu Mono-Sex Giant Freshwater Prawn.
Inovasi benih udang galah jantan yang dihasilkan bagi mendapatkan saiz udang galah jantan yang lebih besar itu menggunakan bioteknologi untuk proses penggandaan populasi dan saiz.
Inovasi benih udang galah jantan yang dihasilkan bagi mendapatkan saiz udang galah jantan yang lebih besar itu menggunakan bioteknologi untuk proses penggandaan populasi dan saiz.
AstroBIZ melalui BIZone Watch Party hidupkan suasana tontonan sukan di sBRJ Corner
AstroBIZ meneruskan langkah proaktif memperkasa tontonan sukan menerusi BIZone Watch Party, yang kini menjadi tumpuan ramai di restoran dan kafe terpilih.
Perdana Menteri Timor-Leste diberi sambutan rasmi
Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin.
Xanana Gusmão, yang tiba pada Ahad untuk mengadakan lawatan sulungnya ke negara ini, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada pukul 9 pagi.
Xanana Gusmão, yang tiba pada Ahad untuk mengadakan lawatan sulungnya ke negara ini, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada pukul 9 pagi.
Situasi terkini di kawasan terjejas banjir di Kedah
Langsung dari SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah, Wakil Astro AWANI Kedah membawakan perkongsian situasi terkini banjir di negeri itu yang masih menjejaskan banyak lokasi dan pihak terutamanya calon yang menduduki SPM hari ini.
_Diam YB Hulu Langat, diam_ - YB Ketereh
"Diam (YB)Hulu Langat, diam" - Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor. Ia selepas YB Hulu Langat bangun dan mahu bertanya mengenai banjir di Selangor.
Banjir: Sektor swasta diseru sediakan jentera turun padang
Pada masa sama, Datuk Seri Anwar turut menyeru sektor swasta turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bukan sahaja dari segi pemberian dana, tetapi juga menyediakan jentera turun padang untuk membantu rakyat yang terkesan.
Hampir 50 anggota RELA dikerah di Pahang
Seramai hampir 50 anggota RELA digerakkan RELA Pahang daripada daerah Raub dan Jerantut untuk ditugaskan di 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di dua daerah tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook, RELA Malaysia memaklumkan kesemua PPS tersebut menempatkan seramai 1117 mangsa daripada 377 keluarga.
Menerusi hantaran di Facebook, RELA Malaysia memaklumkan kesemua PPS tersebut menempatkan seramai 1117 mangsa daripada 377 keluarga.
Banjir: Situasi terkini di Machang, Kelantan
Bersama Encik Mohd Zamri Ibrahim, Ketua Jajahan Daerah Machang, Kelantan, bagi mengikuti situasi semasa banjir di Machang, Kelantan.
Banjir_ Tangguh SPM akan jejaskan perkara-perkara lain - KP Pendidikan
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata penangguhan SPM hanya akan jejaskan perkara-perkara lain termasuk kemasukan universiti dan KPM yakin dapat tangani isu yang berlaku.
Tiada calon SPM di bawah KPM yang terkandas banjir - KP Pendidikan
Melalui laporan yang diperoleh KPM setakat ini, tiada calon SPM di bawah KPM yang terkandas banjir, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
Tiada calon tercicir SPM hari ini, pemindahan ke asrama selesai sepenuhnya semalam - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula hari ini, selepas operasi memindahkan mereka selesai sepenuhnya semalam.
[TERKINI] KPM pertimbang cadangan SPM bukan pada musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan (KPM) pertimbang cadangan supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan di luar musim tengkujuh.
Hanya satu daripada 29 sekolah masih digenangi air - KP Pendidikan
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata sehingga tengah hari ini, hanya tinggal sebuah sekolah daripada 29 yang masih digenangi air banjir dan kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan.
Banjir_ Elemen psikososial calon SPM diberi perhatian
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata elemen psikososial yang melibatkan calon SPM diberi perhatian tinggi supaya mereka terus bersedia menghadapi peperiksaan itu.
Pantun YB Pendang kecohkan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat kecoh selepas YB Pendang, Datuk Awang Hashim berpantun dengan menyebut DAP.
YB Jelutong dan YB Kampar kemudian bangkit dan meminta untuk YB Pendang menarik balik kenyataan tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
YB Jelutong dan YB Kampar kemudian bangkit dan meminta untuk YB Pendang menarik balik kenyataan tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat