Wed Nov 06 2024
Beg tangan, jam tangan mewah disita dari rumah Vivy, suami
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur – Datuk Bandar KL
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Tpr. Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan. Jelasnya, projek yang dijangka bermula tahun depan itu dipersetujui oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. #AgendaAWANI
Sungai, longkang KL dibersihkan dua kali sebulan – Datuk Bandar KL
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Tpr. Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menjalankan operasi pembersihan longkang dan sungai sekitar Kuala Lumpur dua kali sebulan, berbanding sebelum ini dua bulan sekali. Jelasnya, ini merupakan antara program mitigasi banjir yang giat dijalankan. #Agenda AWANI
Trump mungkin ambil langkah luar jangka - Penganalisis
Terdapat kecenderungan Trump bakal mengurangkan perbelanjaan, selain penegasan terhadap prinsip bilateral seperti yang dipegang sebelum ini.
Pasaran saham AS melonjak, China menjunam!
Pasaran saham utama di seluruh dunia mencatatkan peningkatkan pada Rabu, manakala bitcoin mencecah paras tertinggi dan dolar diramal untuk lonjakan seharian terbesarnya dalam tempoh empat tahun.
Pemimpin dunia ucap tahniah atas kemenangan Trump
Ramai mengucapkan tahniah, dengan nada ceria, manakala yang lain memberi tumpuan kepada hubungan kerja masa depan.
Pilihan raya AS: Lembaran baharu hubungan kerjasama dua hala - PM
Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine.
Ini kemenangan bersejarah dalam politik AS - Trump
Trump, yang berusaha untuk kembali ke White House selepas kekalahannya pada 2020, menggariskan visinya untuk penggal kedua dengan janji untuk menyelesaikan masalah di sempadan dan memperbaiki segala-galanya tentang negara itu.
[TERKINI] Mahkamah Agung Perancis menolak cabaran perundangan Kumpulan Sulu
Mahkamah Agung Perancis pada Rabu menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia
Jepun pada Selasa berjaya melancarkan satelit kayu yang pertama di dunia ke angkasa lepas. Satelit yang diperbuat daripada kayu itu direka untuk penerokaan bulan dan Marikh. Ia dinamakan sebagai LignoSat dari perkataan Latin untuk kayu.
Pakistan tubuh pusat gerakan
Malah, ibu negara Lahore terus mencatatkan kedudukan teratas sebagai bandar paling tercemar di dunia.
Kerajaan Indonesia rancang pindahkan penduduk secara kekal
Kerajaan Indonesia merancang untuk memindahkan ribuan penduduk secara kekal selepas berlaku siri letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki yang meragut sembilan nyawa dan merosakkan beribu-ribu kediaman, menurut pegawai.
100 pesakit dipindah dari Gaza -WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza melalui operasi pertama seumpamanya di wilayah Palestin yang bergolak itu dalam tempoh kira-kira lima minggu. Menurut agensi berita Jerman (DPA), WHO berkata, pesakit akan dipindahkan itu termasuk individu cedera akibat serangan berterusan di Gaza serta mereka yang menghidap penyakit kronik.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
Penugasan MALBATT di selatan Lubnan diteruskan - Khaled
Penghantaran dan penugasan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan untuk misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diteruskan walaupun berdepan dengan situasi tegang susulan serangan Israel ke atas negara itu sejak September lepas.
Keputusan siasatan dimuktamadkan Jumaat ini - Khaled
Hasil siasatan berhubung kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dimuktamadkan pada Jumaat ini