Mon Jan 27 2025
JPJ tubuh pasukan dilengkapi peralatan khas
JPJ menubuhkan pasukan tindakan khas bertujuan membantu JPJ negeri supaya dapat menangani isu rumit yang sukar diselesaikan.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Lebih 350 trak UNICEF memasuki Semenanjung Gaza
Lebih 350 trak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memasuki Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata sebagai usaha mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak.
10 Berita Pilihan - (28 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Puluhan ribu warga Palestin meneruskan perjalanan ke utara
Puluhan ribu warga Palestin meneruskan perjalanan di sepanjang pesisir Laut Mediterranean pada Selasa untuk pulang ke kampung halaman di utara Gaza. Pada lewat Isnin, pasukan Hamas mengesahkan lebih 300 ribu telah melintasi bandar Gaza dan pinggir utara kawasan enklaf tersebut.
AS dilaporkan akan henti salur bantuan perubatan atasi penyakit kronik
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa akan mengambil langkah menghentikan pembekalan ubat-ubatan bagi penyakit HIV, Malaria dan Tuberkulosis, serta bekalan perubatan untuk bayi baru lahir di negara-negara yang menerima sokongan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa (USAID) di seluruh dunia.
Fasiliti kesihatan di Goma dibanjiri mangsa cedera
Fasiliti kesihatan di Goma dilaporkan dibanjiri dengan pesakit yang mengalami kecederaan tembakan sehari selepas pemberontak yang didakwa disokong Rwanda memasuki bandar terbesar di timur Congo.
Ketegangan di Congo, Goma berisiko jadi medan pertempuran
Kekacauan di Kinshasa berlaku ketika keganasan antara tentera Congo dan pemberontak M23, yang didakwa mendapat sokongan Rwanda, semakin memuncak di sekitar bandar Goma di timur negara itu.
Air Busan terbakar di landasan lapangan terbang
Sebuah pesawat Air Busan dilapor terbakar di Lapangan Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan pada Selasa.
Menurut laporan agensi Yonhap, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas ke Hong Kong.
Menurut laporan agensi Yonhap, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas ke Hong Kong.
Harap sambutan dapat kukuhkan semangat kebersamaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Rabu, menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
Katanya, dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni tahun baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.
Katanya, dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni tahun baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.
Dewan Rakyat Filipina lulus resolusi khas iktiraf usaha Parlimen Malaysia perluas kerjasama serantau
Dewan Rakyat Filipina Pada Selasa meluluskan satu resolusi khas bagi mengiktiraf usaha dan komitmen Parlimen Malaysia dalam memperluas kerjasama antara Parlimen serantau.
Kerjasama di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu
Pada masa sama, Zambry berkata jalinan kerjasama dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
Kerjasama institusi pengajian tinggi, elak ketidaksepadanan
Kerjasama di antara Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.