Thu Dec 26 2024
Lelaki kelelahan di Bukit Kanada diselamatkan
Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan lelah disebabkan penyakit asma yang dihidapinya.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara.
14 mangsa terselamat dalam nahas udara tiba di Baku
Empat belas warga Azerbaijan yang terselamat dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran Aktau di Kazakhstan selamat tiba di ibu negara Baku pada Khamis.
Tujuh daripada mangsa terselamat yang tiba dengan pesawat pertama milik Kementerian Situasi Kecemasan Azerbaijan dibawa ke hospital dengan ambulans
Tujuh daripada mangsa terselamat yang tiba dengan pesawat pertama milik Kementerian Situasi Kecemasan Azerbaijan dibawa ke hospital dengan ambulans
Rusia didakwa tembak jatuh pesawat Azerbaijan
Sistem pertahanan udara Rusia didakwa menembak jatuh sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines di Kazakhstan, mengorbankan 38 orang.
Sumber yang terlibat dalam siasatan insiden ini menyatakan demikian pada Khamis.
Sumber yang terlibat dalam siasatan insiden ini menyatakan demikian pada Khamis.
Israel didakwa bunuh wartawan, sasar pejuang jihad
Pihak berkuasa Gaza melaporkan serangan udara Israel mengorbankan lima wartawan Palestin di Gaza Tengah.
Tentera Israel mendakwa kelima-lima mangsa ialah militan Jihad Islam yang menyamar sebagai wartawan.
Tentera Israel mendakwa kelima-lima mangsa ialah militan Jihad Islam yang menyamar sebagai wartawan.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
50 tan bekalan perubatan dihantar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) tiba di Istanbul.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dalam tempoh 3 minggu
Lebih 50,000 pelarian telah pulang ke Syria dari negara jiran dalam tempoh tiga minggu berikutan kejatuhan rejim Assad.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menerusi hantaran di platform X berkata bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menerusi hantaran di platform X berkata bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Dua maut dalam serangan di Lapangan Terbang Sanaa, Yaman
Sekurang-kurangnya dua maut apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa, Yaman pada Khamis dilaporkan diserang Israel.
Menurut media tempatan di bawah seliaan puak Houthi, insiden itu merupakan salah satu sasaran dilakukan tentera rejim ke atas beberapa buah infrastruktur yang dikaitkan dengan Houthi di Yaman.
Menurut media tempatan di bawah seliaan puak Houthi, insiden itu merupakan salah satu sasaran dilakukan tentera rejim ke atas beberapa buah infrastruktur yang dikaitkan dengan Houthi di Yaman.
Jet udara Israel berlepas, sasar infrastruktur Houthi Yaman
Beberapa jet pejuang tentera udara Israel berlepas ke Yaman bagi melancarkan serangan udara ke atas beberapa infrastruktur puak Houthi.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.