Fri Dec 27 2024
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
[TERKINI] Permohonan tahanan di rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan
Permohonan banduan termasuk Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
24 premis diarah tutup, 25 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 70 premis diperiksa manakala 24 premis dikenakan tindakan tutup serta-merta melalui tindakan khas dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara.
[TERKINI] 4 rakyat Malaysia cedera bas terbabas di Norway
Kementerian Luar mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway pada Khamis lalu.
[TERKINI] Hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah.
[TERKINI] Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
AWANI Ringkas: Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
AWANI Ringkas: Ronaldo mahu kembali ke Old Trafford
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump minta penangguhan pengharaman TikTok
Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, menggesa Mahkamah Agung Amerika Syarikat menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh mengharamkan TikTok atau memaksa penjualannya.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Andalan 2025: Detik penting buat malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Sedekad selepas Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, 1 Januari ini negara sekali lagi diberi tanggungjawab mempengerusikan kumpulan serantau itu.
PAS cadang hukuman sebat terbuka di negeri pimpinannya
Pemimpin PAS, Datuk Hashim Jasin menggesa semua negeri di bawah pentadbiran PAS melaksanakan hukuman sebat secara terbuka sebagai sebahagian daripada hukuman Syariah, susulan pelaksanaannya di Terengganu semalam.
Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan bahawa tindakan itu patut menjadi contoh untuk negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.

Tokoh korporat individu paling layak, Tony Fernandes calon sesuai
Tokoh korporat dilihat sebagai individu tepat untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan berkata, selepas fam membuat keputusan melantik CEO mengendalikan FAM, beliau melihat langkah itu sebagai langkah awal menuju penswastaan FAM.

Rapid KL lanjut operasi rel dan bas
Rapid KL mengumumkan lanjutan waktu operasi bagi perkhidmatan rel sehingga jam 3 pagi dan bas hingga jam 3.30 pagi pada 1 Januari 2025.
Langkah ini bertujuan memudahkan warga kota menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Langkah ini bertujuan memudahkan warga kota menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Ketua Polis Negara saman Papagomo
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, telah mengemukakan saman terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, atas tuduhan fitnah.
Tindakan ini berkait dengan kenyataan Papagomo yang mendakwa Razarudin sebagai "pelacur banduan terhormat" dan "penjilat" kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan ini berkait dengan kenyataan Papagomo yang mendakwa Razarudin sebagai "pelacur banduan terhormat" dan "penjilat" kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.