Menurut pihak berkuasa kesihatan di sana, dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin terbunuh dan 145 lagi cedera dalam operasi ketenteraan rejim Israel di wilayah tersebut. Pertahanan awam di Gaza pada Sabtu menyatakan bahawa serangan Israel menyasarkan rumah kediaman dan khemah yang menempatkan penduduk yang dipindahkan.
Pasukan Pertahanan Israel menyatakan dalam kenyataan pada Jumaat bahawa operasi ketenteraan mereka hanya menyasarkan "organisasi pengganas" tetapi sumber tempatan dan saksi mata pula melaporkan sebaliknya.