Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
March 30, 2021 21:11 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 30 Mac 2021.
1. Murid 12 tahun di Halia meninggal dunia selepas bateri telefon meletup di muka
Insiden meragut nyawa itu berlaku selepas kanak-kanak malang itu cuba menguji kuasa baterinya selepas ia dicas menggunakan pengecas 'jugaad' (sambungan pengecas ciptaan sendiri).
2. Letupan di gereja: Pasangan suami isteri belajar buat bom secara dalam talian
Pihak berkuasa Indonesia mendapati pasangan suami isteri suspek pengebom bunuh diri yang maut di Gereja Katedral Makassar, Indonesia pada Ahad, telah menerima latihan membuat bom secara dalam talian.
3. COVID-19: Rakyat Malaysia bantu siasatan polis, antara 21 kes baharu di Singapura
Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 34 tahun adalah antara 21 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Isnin, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
4. COVID-19 | Turki ketatkan sekatan, kembalikan perintah berkurung hujung minggu
Turki umum langkah lebih ketat untuk mengekang koronavirus susulan peningkatan kes jangkitan di bandar berisiko tinggi di seluruh negara. Menurut Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, sekatan perintah berkurung akan dikenakan pada hujung minggu di bulan Ramadan.
5. Rampasan Kuasa Myanmar | Angka korban meningkat 510 mangsa
Seramai 14 lagi penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa junta Myanmar terbunuh pada isnin. Ini menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 510 mangsa sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu.
6. COVID-19 | Kes positif COVID-19 global lepasi 127.44 juta
Perkembangan COVID-19 dunia. Jumlah kes harian positif global kembali menunjukkan peningkatan selepas merekodkan lebih lima ratus ribu kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif global kini melepasi 127.44 juta kes.
7. Vaksin COVID-19 | AS umum langkah terbaharu program vaksinasi
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan langkah-langkah terbaharu dalam memperluaskan program vaksinasi di negara itu. Biden pada masa sama menegaskan, rakyat perlu terus waspada susulan gelombang keempat yang dijangka akan berlaku.
8. Vaksin COVID-19 | Agihan tidak sama rata hanya langkah penting diri - WHO
Pengagihan vaksin yang tidak sama rata secara berterusan disifatkan tindakan mementingkan diri sendiri. Malah Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan ia juga melambatkan proses pertumbuhan semula ekonomi.
9. COVID-19 | Angka korban global kini lepasi 2.8 juta
Lebih 9 ribu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan seluruh dunia. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 2.8 juta kes.
10. Nike nafi keluarkan kasut titis darah 'Satan Shoes', fail tuntutan terhadap MSCHF
Jenama sukan terkemuka Nike memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat MSCHF berikutan pelancaran kasut 'Satan Shoes' bersama rapper terkenal Lil Nas X, baru-baru ini.
#Indonesia #Singapura #Turki #ekonomi #Amerika Syarikat #letupan #saman #mangsa #Malaysia #COVID-19 #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #perintah berkurung #Joe Biden #program vaksinasi #angka korban
;