ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 5 April 2021.

1. COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri Datin Sakhiah Mohd Soom dibenarkan keluar dari Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Jakarta pada 3 April, selepas hampir empat minggu dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

2. Tragedi kemalangan kereta api terburuk di Taiwan, pemilik mohon maaf

Pemilik trak pembinaan yang menyebabkan kemalangan kereta api terburuk di Taiwan, yang menyebabkan 48 orang maut, menangis sambil memohon maaf ketika ditahan polis di rumahnya.

3. Akshay Kumar dijangkiti COVID-19

Bintang Bollywood, Akshay Kumar menjadi selebriti India terbaharu yang dijangkiti COVID-19 ketika negara itu sedang menghadapi peningkatan kes.

4. Lelaki larikan kereta peronda polis semasa masih digari

Seorang lelaki yang masih digari melarikan kereta peronda polis AS pada Jumaat sebelum aksi kejar mengejar berlangsung. Suspek berusia 23 tahun sebelum itu ditahan dalam aksi kejar mengejar dengan polis lain dalam kenderaan yang dicuri pada Jumaat. 

5. Anak lelaki Joe Biden bongkar masalah ketagihan dadah, hubungan dengan bapa

Hunter Biden, anak lelaki kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berkongsi kisah ketagihannya dalam satu wawancara televisyen pada Ahad, dan mengakui dia menghisap keju Parmesan kerana menganggapnya kokain.

6. COVID-19 | Kes positif global melebihi 131 juta

Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 131 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

7. COVID-19 | Varian 'eek' dikesan di Tokyo

Kira-kira 70% pesakit Koronavirus yang diuji di Hospital Tokyo bulan lalu membawa mutasi yang dapat mengurangkan perlindungan vaksin. Perkara itu disahkan penyiar televisyen awam Jepun NHK, pada Ahad.

8. Politik Jordan | Cubaan gugat kestabilan kerajaan Jordan digagalkan

Pihak berkuasa jordan mendakwa berjaya menggagalkan plot bekas Putera Mahkota untuk menggugat kestabilan kerajaan. Putera Hamzah didakwa mendapat sokongan pihak asing bagi tujuan itu.

9. Brazil perlukan AS$1 bilion perangi penebangan hutan Amazon

Brazil memerlukan dana asing berjumlah AS$1 bilion bagi membantu mengurangkan penebangan hutan di Amazon antara 30 hingga 40 peratus. Menurut Menteri Alam Sekitar Brazil, Ricardo Salles, dana berkenaan dicadang digunakan bagi tempoh 12 bulan.

10. Banjir di Nusa Tenggara Timur, 44 disahkan terkorban

eramai 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di wilayah Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Perkara itu disahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, pada Ahad.