Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
July 20, 2021 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa 20 Julai 2021.
1. COVID-19: Singapura kembali ke Fasa 2 bermula 22 Julai
Singapura akan memperketat langkah pengurusan keselamatan (SMM) komuniti dengan kembali ke Fasa 2 (Amaran Tahap Tinggi) bermula 22 Julai hingga 18 Ogos, antara lain menyaksikan perhimpunan sosial hanya dibenarkan seramai dua orang berbanding lima sebelum ini.
2. Thailand mungkin berdepan 'senario terburuk' andai kes harian COVID-19 cecah 30,000
Pihak berkuasa kesihatan Thailand memberi amaran kes harian COVID-19 boleh mencecah antara 20,000 dan 30,000, bakal mencetuskan "senario terburuk" andai tiada langkah kawalan penyakit yang ketat.
3. Thailand sambut Hari Raya Haji esok
Umat Islam di Thailand bakal menyambut Hari Raya Haji esok (21 Julai), sehari lewat daripada Malaysia dan Indonesia.
4. Jokowi tunai solat Aidiladha di pekarangan Istana Presiden
Pandemik COVID-19 banyak menghalang aktiviti masyarakat seharian termasuk aktiviti keagamaan tidak kira di hari-hari biasa atau musim-musim perayaan.
5. COVID-19: UK jangka peningkatan kes kematian
KERAJAAN United Kingdom (UK) memberi amaran akan berlaku peningkatan kes kematian COVID-19 dalam beberapa minggu akan datang.
6. Vaksin COVID-19: Lebih 50 peratus rakyat Sepanyol lengkap divaksinasi
Pihak berkuasa Sepanyol meraikan kejayaan negara itu berjaya memberikan suntikan vaksin kepada 50 peratus populasinya atau kira-kira 24 juta orang yang sudah melengkapkan dua dos.
7. 35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha
Sekurang-kurangnya 35 pengunjung sebuah pasar di Baghdad, Iraq maut dalam insiden letupan bom pada Isnin.
8. Olimpik Tokyo 2020: Dua pemain besbol Mexico positif COVID-19
Sebanyak 58 kes positif COVID-19 melibatkan atlet, kakitangan dan pegawai kejohanan sukan Olimpik Tokyo 2020 telah direkodkan sepanjang bulan ini.
9. Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Ribuan umat Islam menjalankan ibadah wukuf di Arafah dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Isnin.
10. CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
CNN sedang dalam proses pengambilan beratus-ratus orang pekerja baharu dan mengembangkan puluhan program bagi perkhidmatan langganan penstriman yang akan dilancarkan awal tahun depan.
#Thailand #Tokyo #Baghdad #Aidiladha #Islam #pandemik #Olimpik
;