Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
March 3, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Mac 2022.
1. Nyepi: Lapangan Terbang Bali gantung sementara penerbangan
Lapangan terbang di pulau percutian Bali di Indonesia akan menghentikan sementara operasi penerbangannya selama 24 jam bermula 6 pagi Khamis sempena "Nyepi" (Hari Senyap).
2. Penduduk kampung resah bakau hilang berganti 'pulau sampah'
Penduduk sebuah kampung di Indonesia mengeluh apabila musim banjir membuatkan kawasan kediaman mereka dicemari kesan hamparan sampah yang terkumpul di muara Sungai Banjir Kanal Timur (BKT) Kota Semarang.
3. Konflik Rusia-Ukraine perlu diselesai melalui rundingan, timbang tara - Dr Mahathir
Konflik ketenteraan di antara Russia dengan Ukraine perlu diselesaikan sama ada melalui proses rundingan, timbang tara atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
4. Krisis Ukraine-Rusia | Resolusi gencatan senjata diluluskan
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengundi luluskan resolusi yang menggesa gencatan senjata segera dalam perang Rusia-Ukraine. Undian majoriti 425-3 itu menunjukkan perpaduan menentang pencerobohan sehingga menyebabkan 870,000 rakyat Ukraine terpaksa keluar dari dari Ukraine.
5. Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia ulangi komitmen mahu penyelesaian damai
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia turut menyambut baik rundingan antara Rusia dan Ukraine di Belarus selain berharap agar rundingan tersebut berjaya.
6. COVID-19: AS umum pelan baharu
Presiden Joe Biden menggariskan beberapa strategi baharu bagi membolehkan rakyat Amerika Syarikat kembali hidup dalam keadaan normal dengan selamat selepas dua tahun dilanda pandemik.
7. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 8,000 korban baharu dalam sehari
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini mencecah 5.97 juta kes.
8. Perang Ukraine-Rusia | Rusia haramkan pelepasan bon dan saham asing
Pelabur asing di Rusia kini hampir berputih mata apabila negara itu membalas sekatan barat dengan mengharamkan penjualan aset dan bonnya. Malah Moscow mengharamkan pembayaran kupon pelabur asing bagi hutang asing di Dominasi Ruble.
9. Krisis Ukraine-Rusia | 7 maut, 44 cedera serangan di Orhtyrka
Rakaman visual menunjukkan sebahagian bangunan musnah dan runtuh, dengan anggota penyelamat giat menarik keluar mangsa dari sisa runtuhan bangunan.
10. Perang Ukraine-Rusia | Citigroup berdepan kerugian berbilion dolar
Tamparan besar buat Amerika Syarikat apabila bank utama negara itu Citigroup berdepan kerugian berbilion dolar susulan sekatan perbankan yang dikenakan barat terhadap Rusia.
#Joe Biden #Wisma Putra #konflik Rusia-Ukraine #Mahathir Mohamad #Rusia #Ukraine #COVID-19 #Indonesia #pandemik #Bali
;