ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sealsa,26 April 2022.

1. Elon Musk bertemu menteri, ahli perniagaan Indonesia

Pertemuan beberapa pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan Indonesia dengan pengasas Tesla Inc, serta bakal pemilik baharu Twitter Elon Musk, ternyata menarik perhatian banyak pihak.

2. Kemenangan Macron, kelegaan buat dunia termasuk Malaysia - Penganalisis

Kemenangan Emmanuel Macron menentang pencabar dari parti sayap kanan Marine Le Pen dalam pilihan raya presiden Perancis pada Ahad bukan sahaja memberi kelegaan kepada pemimpin Eropah tetapi juga kepada dunia.

3. Sepanyol beku akaun bank, sita kapal dan harta milik oligarki Rusia

Pihak berkuasa Sepanyol membekukan 12 akaun bank dan dana serta menyita tiga kapal layar dan 23 harta milik oligarki Rusia sejak krisis di Ukraine bermula, kata ketua setiausaha negara pada Isnin.

4. Diskriminasi terhadap Islam di Amerika meningkat 9 peratus pada 2021 - Laporan

Diskriminasi terhadap orang Islam di Amerika Syarikat meningkat sembilan peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan kumpulan hak sivil dan advokasi Islam pada Isnin.

5. FDA AS lulus rawatan COVID-19 pertama bagi kanak-kanak

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti COVID-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas.

6. Elon Musk beli Twitter pada harga AS$44 bilion

Jutawan Elon Musk telah mencapai persetujuan membeli Twitter dengan harga kira-kira AS$44 bilion.

7. Wanita tertua meninggal dunia pada usia 119 tahun

Wanita tertua di dunia, Kane Tanaka dilapor meninggal dunia pada usia 119 tahun.

8. India negara pembelanja ketenteraan ketiga terbesar dunia - Laporan

India negara ketiga terbesar di dunia berbelanja untuk ketenteraan, selepas Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut badan pemerhati senjata antarabangsa.

9. Bot Hilang | Asad kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-11 ditemukan

Angka korban melibatkan tragedi bot pelancong yang hilang pada hujung minggu lalu di Semenanjung Shiretoko, Hokkaido, Jepun meningkat kepada 11 orang. Ini selepas mangsa, seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun disahkan meninggal dunia pada Isnin.

10. Kebakaran | Pusat simpanan minyak di Rusia terbakar

Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di Bryansk, Barat Rusia melibatkan sebuah kemudahan penyimpanan minyak pada Isnin. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, api dilihat marak sehingga asap hitam tebal memenuhi ruangan udara.