Tokoh akademik dilantik perdana menteri baru Palestin
Astro Awani
June 2, 2013 06:57 MYT
June 2, 2013 06:57 MYT
Rami Hamdallah, seorang tokoh akademik kurang dikenali, dilantik perdana menteri baru Palestin.
Beliau menggantikan Salam Fayyad yang sebelum ini meletak jawatan.
Rami ialah anggota Parti Fatah yang diterajui presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Sebagai perdana menteri yang baru, beliau bertanggung jawab membentuk kerajaan baru yang terdiri daripada kalangan teknokrat dan bukannya tokoh politik.
Walaupun kurang dikenali, Rami, seperti juga Salam, seorang yang dihormati.
Beliau ialah profesor yang mendapat pendidikan di Britain selain merupakan dekan di University Al-Najah di tebing barat selama 15 tahun./
Dalam politik, beliau ialah Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestin sejak tahun 2002.
Pelantikannya bermakna Palestin mungkin akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat dengan Mahmoud dijangka kekal sebagai ketua pihak berkuasa Palestin.
Penggal pemerintahannya sepatutnya berakhir pada 2009.
Politik Palestin mengalami kebuntuan sejak Hamas berkuasa di semenanjung Gaza lima tahun lalu.
Usaha menyatupadukan antara Fatah dan Hamas dan mengadakan pilihan raya di gaza dan tebing barat sebelum ini gagal.