'Jangan hanya di bandar, jelajah Malaysia dengan tren'- Duta A.S
Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan menyifatkan penggunaan pengangkutan awam seperti perkhidmatan tren Elektrik Tren Servis (ETS) sebagai cara terbaik untuk mengenali Malaysia dari sudut yang lebih dekat dan autentik, sekali gus berpotensi menjadi tarikan pelancongan menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026).
