Ahli Parlimen Padang Serai didakwa subahat kes rasuah RM400,000
Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin didakwa bersubahat untuk menerima rasuah RM400,000 berkaitan penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah, lima tahun lalu.
Bagaimanapun, wakil rakyat daripada Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
