Buka pejabat bukan bermakna mahu tanding di Padang Serai
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan belum membuat keputusan mengenai kerusi yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-16.
menteri Dalam Negeri itu berkata, tindakan membuka Pusat Khidmat Rakyat di Parlimen Padang Serai adalah bagi membolehkan rakyat di kawasan itu menerima pelbagai manfaat yang disediakan Kerajaan Persekutuan.
