Dua mangsa termasuk warga emas melecur dalam kebakaran
Dua mangsa termasuk seorang warga emas cedera melecur selepas tiga buah rumah musnah hampir sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Tebobon, Menggatal. Kebakaran berlaku sekitar 5.43 pagi dan api berjaya dikawal pada 6.41 pagi. Dua rumah berjaya diselamatkan daripada marak api. Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM.
