Hari Wilayah: Pembangunan mesti berteras kesejahteraan rakyat – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan negara tidak sewajarnya dinilai hanya berdasarkan ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana semata-mata, sebaliknya perlu berakar kepada peningkatan kehidupan serta kebajikan rakyat.
