Pelajar 15 tahun maut dirempuh van ketika ke sekolah di Gua Musang
Seorang pelajar berusia 15 tahun maut manakala adik perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van di Jalan Kampung Baru, Limau Kasturi, Gua Musang. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
