Pelajar tingkatan dua maut tercampak ke lubang pembetung 10 meter di Tampin
Seorang pelajar 14 tahun maut selepas motosikal dinaikinya bersama abang terbabas lalu terjatuh ke dalam lubang pembetung sedalam 10 meter di Jalan Bunga Tanjung, Tampin. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi diminta hubungi Inspektor Sritharan di 06‑4412502.
