Ribuan bantah kerajaan Albania, bom petrol dibaling ke pejabat PM
Ribuan rakyat Albania berhimpun di Tirana dalam demonstrasi anti‑kerajaan susulan pendakwaan Timbalan Perdana Menteri Belinda Balluku atas dakwaan rasuah. Penunjuk perasaan membaling bom petrol ke bangunan pejabat Perdana Menteri Edi Rama, manakala polis bertindak dengan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.
