Situasi pasca banjir Aceh memburuk, bantuan lambat tiba
Penduduk Aceh Tamiang terpaksa menjarah kedai dan pasar raya selepas bantuan lambat tiba lebih seminggu akibat banjir besar dan tanah runtuh. Tentera Indonesia kini menggerakkan sistem osmosis terbalik dan penghantaran udara untuk bekalan makanan serta ubat-ubatan.
